Dr M ucap takziah atas kematian arkitek Menara Berkembar Petronas

Dr M ucap takziah atas kematian arkitek Menara Berkembar Petronas

Selain Menara Berkembar Petronas, rekaan Cesar Pelli yang terkenal, termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York dan menara Canary Wharf di London.

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia apabila ia dibuka pada 1998 dan memegang gelaran itu selama 6 tahun.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesedihan berikutan kematian Cesar Pelli, arkitek terkemuka dunia yang menghasilkan rekaan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas.

Mahathir berkata Pelli, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun, datang dari New York ke Kuala Lumpur untuk menghasilkan rekaan struktur itu.

“Saya berasa sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pemergian arkitek hebat yang menghasilkan rekaan Menara Berkembar di Malaysia, Encik Cesar Pelli dari Argentina.

“Ucapan takziah saya kepada keluarga Cesar Pelli,” kata Mahathir dalam video pendek yang dimuatkan dalam Twitter hari ini.

Arkitek terkenal dunia yang berasal dari Argentina, Cesar Pelli.

Menara kembar yang mengagumkan di pusat bandar Kuala Lumpur itu adalah bangunan tertinggi di dunia apabila ia dibuka pada tahun 1998, dan memegang gelaran itu selama 6 tahun.

Kematian Pelli dilaporkan oleh media negara dan para pegawai di Argentina pada Jumaat.

Selain Menara Berkembar Petronas, rekaan beliau yang terkenal, termasuk Pusat Kewangan Dunia di bandaraya New York dan menara Canary Wharf di London.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.