
Nenas sememangnya antara buah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.
Selain rasanya yang manis dan sedap, masih ramai tidak tahu nenas sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tidak hairanlah, eksport nenas Malaysia dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM320 juta setahun menjelang 2020.
Malah, kejayaan produk tersebut berjaya menembusi pasaran negara China.
Secara umumnya, nenas sarat dengan vitamin C dan vitamin itu penting untuk menghapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.
Selain itu terdapat banyak khasiat nenas yang mungkin anda sendiri tidak sedari.
1. Boleh turunkan berat badan
Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, keraplah makan nenas.
Antara nutrisi lain ialah “manganese”, ia sangat penting untuk otak.
Manganese membekalkan tenaga pada sel otak dan ia bertindak seperti “power bank”.
Selain itu nenas juga mengandungi “thiamin”. Ia akan menukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh.
Ia juga disebut sebagai vitamin anti tekanan.
Anda boleh mencubanya bermula hari ini, sebelum memandu pergi dan pulang kerja, berhadapan pula dengan kesesakan lalu lintas, anda boleh makan nenas terlebih dulu untuk beri ketenangan.
2. Membentuk tulang kuat
Nenas bukan sahaja tinggi nutrisi, malah buah ini sangat bagus buat wanita bagi membentuk tulang yang kuat.
Gabungan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis.
Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.
Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nenas.
Paling menarik, nenas dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat.
Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.
3. Mampu menyembuhkan luka terbakar
Selain itu ia juga nenas mempunyai “bromelain” iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan.
Bromelain bertindak untuk mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.
Apa yang istimewanya, Bromelain hanya ditemui di dalam buah nenas sahaja.
Kandungan bromelain di dalam nenas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan. Ia juga mampu membantu dalam menyembuhkan luka.
Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.
4. Bagus untuk kesuburan
Kandungan vitamin dan mineral di dalam nenas juga dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.
Perlu anda tahu, secawan potongan nenas mengandungi 82 kalori.
Ia bebas lemak dan kolesterol selain rendah kandungan sodium.
Kandungan gula di dalamnya pula ialah 16g secawan.
Berdasarkan semua maklumat di atas, agak rugi jika nenas tiada dalam diet kita.
Ia boleh dijadikan snek harian anda atau dimasak bersama- sama dalam masakan.
Jangan lupa amalkan!
Sumber Facebook DrRizal Abu Bakar
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]