
“Saya kira Khazanah akan memberikan penjelasan sebab Khazanah perlu melihat kepada ‘core’ aktiviti penubuhan Khazanah.
“Jadi, sebahagian daripada pelaburan yang telah dibuat sebelum ini telahpun berjaya mendapatkan keuntungan besar,” katanya selepas merasmikan Pameran Kerjaya Graduan Aspire di sini, hari ini.
Beliau yang juga ahli lembaga pengarah Khazanah berkata, syarikat itu memperoleh keuntungan besar daripada pelaburan terdahulu dan sekarang ia akan memfokuskan pelaburan domestik bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Khamis lalu, anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff, Malakoff Gulf Ltd dilaporkan memeterai perjanjian membeli 40% kepentingan Khazanah dalam Malaysian Shoaiba Consortium Sdn Bhd pada harga AS$70juta (RM289 juta).
Ketua Eksekutif Malakoff, Ahmad Fuaad Kenali dilaporkan berkata, pengambilalihan itu akan memberi tambahan pendapatan kepada syarikat berkenaan dan meningkatkan aliran tunainya.
Susulan penjualan itu, bekas perdana menteri, Najib Razak semalam mengkritik kerajaan Pakatan Harapan asyik menjual aset negara sejak mengambil alih Putrajaya.
“Dulu, kita kuat berusaha membina aset untuk negara, tapi dituduh jual negara.
“PH pula gigih menjual aset negara tiap-tiap hari selepas mereka menang PRU14. Tapi ini yang rakyat mahu.
“Syarikat Arab Saudi mencatat keuntungan setiap tahun, tetapi kini telah dijual oleh kerajaan PH.”