
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mengumumkan peraturan baru itu termasuk menghentikan amalan memakaikan baju lokap berwarna oren terhadap suspek ketika dibawa ke mahkamah.
“Ini adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1)
Perlembagaan Persekutuan.
“Sementara SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah, dalam berbuat demikian, kami pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang,” katanya.
Pada 2017, SPRM dikritik kerana amalannya mewajibkan suspek berbaju lokap oren ketika dibawa ke mahkamah.
Antara pengkritik langkah tersebut ialah peguam hak asasi N Surendran, yang berkata ia melangga peraturan penjara, sivil serta hak perlembagaan.
Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Dzulkifli Ahmad mempertahankan langkah tersebut.
Antara suspek berprofil tinggi yang dibawa ke mahkamah berpakaian lokap oren ialah bekas pengerusi Felda Isa Samad dan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.