Terserah kepada Dr M buat seruan ‘perpaduan Melayu’ kepada Umno, kata Anwar

Terserah kepada Dr M buat seruan ‘perpaduan Melayu’ kepada Umno, kata Anwar

Jumaat lepas, Dr Mahathir Mohamad mempelawa parti Melayu supaya bersatu dalam PPBM dengan berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu melemahkan kuasa politik mereka.

Presiden PKR Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR:
Anwar Ibrahim enggan mengulas gesaan Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu bersatu, termasuk pelawaan untuk Umno menyertai PPBM kerana beliau mahu mendengar sendiri perkara itu daripada perdana menteri.

Presiden PKR itu, yang merupakan perdana menteri pilihan Pakatan Harapan bagi menggantikan Mahathir berkata, sebagai pengerusi PPBM, beliau berhak membuat gesaan itu, tetapi isu tersebut akan dibincangkan pimpinan tertinggi gabungan itu hari ini.

“Itu keputusan PPBM. Saya hanya kata berdasarkan semangat PH, saya rasa beliau mungkin perlu beritahu kami,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

“Kita belum dengar daripada beliau. Jadi, saya fikir kita patut beri peluang kepadanya kerana mesyuarat (Majlis Presiden PH) hari ini.”

Jumaat lepas, Mahathir dilaporkan mempelawa parti Melayu supaya bersatu dengan PPBM kerana perpecahan dalam kalangan orang Melayu melemahkan kuasa politik mereka.

Beliau berkata, gesaan itu tidak akan memberi kesan ke atas hubungan PPBM dengan parti komponen dalam PH.

“Itu (bantahan) masalah dia. Kita tak ada kaitan dengan parti lain walaupun dalam PH. Mereka pun dapat ahli baru juga,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.