
Peningkatan kuasa negeri itu terangkum dalam cadangan bagi menambah sistem persekutuan, termasuk sistem percukaian dan tatacara kendalian peruntukan pembangunan negeri yang lebih adil, serta transformasi pihak berkuasa tempatan dan Dewan Undangan Negeri.
Rahman menimbulkan “Tawaran Baru” ini ketika PPBM mempelawa ahli Umno menyertainya.
“Walaupun ada pelawaan kepada ahli Umno untuk menyertai PPBM, dan ada usaha untuk mengharamkan Umno, namun Umno terus berusaha memantapkan parti untuk menghadapid segala kemungkinan,” katanya di Facebook.
Semalam, Setiausaha Agung Annuar Musa berkata PPBM bukanlah jawapan kepada cita-cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu, dan memberi jaminan penyatuan wadah Umno dan PAS bakal membentuk gelombang besar.
Terdahulu, Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa turut mempelawa ahli Umno menyertai parti-parti Pakatan Harapan, mengatakan parti yang lain dah tepu dengan “idea yang tak maju”.