Memandu jarak jauh punca slip disc

Memandu jarak jauh punca slip disc

Slip disc adalah sakit di bahagian tulang belakang, dan ia sebenarnya merupakan cacat kekal yang dialami bagi mereka yang menghidapinya.

Bila kita memandu jarak jauh, kebiasannya pasti akan mengeluh sakit pinggang, namun mengambil enteng perkara itu dengan menjelaskan ia adalah normal dan hanya sakit biasa.

Namun jangan ambil mudah keranan simptom sakit pinggang itu mungkin slip disc.

Tanpa kita sangka, kini ramai anak muda yang diserang slip disc kerana kekerapan memandu dalam tempoh yang lama.

Kebiasannya slip disc ini berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tetapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Punca biasa slipped disc ialah “wear & tear”, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak atau koyak annulus fibrosus. Dan ia dikenali sebagai “Disc Degeneration”.

Semasa muda, disc tersebut kaya dengan air.

Namun bila usia meningkat, kandungan air tersebut mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel.

Disc yang kurang air (kering) akan mula kecut dan menjadikan jarak antara tulang vertebra semakin rapat sekaligus meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Namun kini ramai golongan muda yang terkan slip disc kerana :

  1. Trauma/ jatuh/ accident
  2. Obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
  3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat barang/ membongkok
  4. Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan dan kuatkan otot di belakang badan
  5. Selalu memandu pada jarak jauh dan duduk lama sewaktu memandu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.