Khas buat peminat adiwira Marvel, Pos Malaysia lancar setem edisi terhad

Khas buat peminat adiwira Marvel, Pos Malaysia lancar setem edisi terhad

Edisi khas Marvel Super Hero dikeluarkan sebagai penghormatan kepada buku komik Marvel bersempena ulangtahun ke-80 tahun ini.

Berita baik buat penggemar karekter adiwira Marvel apabila Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan siri setem bertemakan “Marvel Super Hero” kolaborasi bersama The Walt Disney Asia Tenggara.

Edisi khas itu dikeluarkan sebagai penghormatan kepada buku komik Marvel bersempena ulangtahun ke-80 tahun ini.

Pelbagai jenis karakter popular komik Marvel diperkenalkan menerusi koleksi ekselusif ini.

Sebanyak 10 setem karektor dikeluarkan berdasarkan kegemaran peminat termasuk Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Spider-Man, Doctor Strange, Black Widow dan Black Panther termasuk Loki dan Thanos.

Setiap set Marvel Super Hero didatangkan dengan dua keping setem bertebuk, satu tanpa tebuk, dua keping kad cenderamata, dua poskad serta fail yang berharga RM120.

Tidak seperti siri setem terhad, koleksi ini hanya dijual menerusi set lengkap dan tidak dijual secara berasingan dan telah dibuka untuk ditempah secara pra-jualan di semua 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau menerusi talian di www.eziemall.com.

Dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berharap pengenalan siri eksklusif itu dapat menarik minat generasi muda kembali mengumpul setem.

Buat penggemar setem, Pos Malaysia juga menyarankan agar mereka mendaftar dengan Standing Order Deposit Account (SODA) bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang siri terhad pada masa hadapan.

Menerusi SODA, pengumpul setem tidak perlu berebut mendapatkan koleksi terbaharu selain mendapat pelbagai tawaran hebat sebagai ahli dan untuk tujuan itu mereka boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana pejabat pos seluruh Malaysia atau di www.posonline.com.my.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.