Kimchi adalah makanan ruji orang Korea dan disajikan dengan hampir setiap hidangan dalam masakan Korea.

Hidangan pedas dan masam ini telah menjadi identiti orang Korea, malah semakin popular di seluruh dunia.
Kimchi merupakan sayur jeruk hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih, lobak, timun dan bermacam-macam lagi.
Mungkin kita biasa makan sahaja di kedai, tetapi tahukah anda kimchi ini telah wujud lamanya? Bahkan sudah sampai ke angkasa…
Terdapat lebih 100 jenis kimchi

Antara yang paling popular termasuklah baek kimchi (kimchi putih), dongchimi (kimchi berasaskan air) dan kkakdugi (daikon kimchi) serta banyak lagi.
Aslinya kimchi bukan berwarna merah

Ternyata cili merah tidak digunakan hingga abad ke-20, yang bermaksud kimchi yang dibuat langsung tidak pedas.
Tetapi kini orang Korea langsung tidak boleh meninggalkan rasa pedas kemerahan kimchi.
Kimchi pernah sampai ke angkasa lepas

Para saintis Korea ingin tahu jika bakteria dalam kimchi akan berkuat kuasa apabila bersentuhan dengan sinaran yang terdapat di ruang angkasa.
Keputusan dari kajian itu membolehkan mereka mempelajari bagaimana memperlahankan proses penapaian kimchi supaya ia dapat dihantar ke luar Korea agar seluruh dunia dapat nikmati.
Orang Korea ada peti sejuk untuk kimchi sahaja

Pada masa lalu, kimchi disimpan dalam balang tanah liat yang besar sebelum ditanam di bawah tanah.
Kini, peti sejuk kimchi mampu meniru suhu dan persekitaran yang sama dengan balang tanah liat.
Mempunyai peti sejuk berasingan juga menghalang bau kimchi pedas daripada mencemari makanan lain.
Kimchi boleh simpan berbulan-bulan

Amalan piawai adalah untuk menyimpan kimchi selama tiga bulan dan sehingga setahun untuk mereka yang lebih suka untuk ditapai.
Semakin lama anda menyimpan kimchi anda, semakin segar rasanya.
Kimchi boleh kurus

Menurut pakar diet Kathleen Levitt, bakteria ini menghasilkan mikroorganisma yang membantu kita mencerna makanan dengan lebih baik.
Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi menjadikan anda berasa kenyang, sekaligus membuatkan anda kurang makan daripada biasa.
Sumber Wanista.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]