
“Serangan pengganas berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha,” kata jurucakap pasukan gabungan diketuai Arab Saudi Kolonel Turki al-Maliki.
Beliau menuduh pemberontak Houthi bertanggungjawab ke atas serangan itu, yang ke-3 dalam tempoh 3 minggu.
Serangan itu menyebabkan 8 warga Arab dan seorang rakyat India cedera, katanya.
Pihak Houthi mengesahkan serangan itu dan mengatakan ia menyebabkan operasi penerbangan di lapangan terbang Saudi mengalami gangguan.
Yaman terjerumus dalam kancah keganasan dan kekacauan sejak 2014, selepas pemberontak Houthi menguasai kebanyakan negeri termasuk ibu kota Sanaa.
Krisis semakin memuncak pada 2015 apabila pasukan gabungan tentera diketuai Saudi melancarkan kempen serangan udara bertujuan menawan semula negeri dikuasai Houthi.