
Kebiasaannya ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh, dan makanan tersebut akan dibuang begitu sahaja kerana bimbang sakit perut.
Namun sebenarnya terdapat beberapa makanan yang masih boleh dimakan dan tidak semua yang telah luput tarikh itu perlu dibuang.
1. Keju

Jika terdapat keju yang telah luput tarikh di rumah anda dan dilihat terdapat kulat pada bahagian permukaan keju tersebut, anda hanya perlu buang bahagian yang rosak tu dan bahagian selebihnya masih lagi boleh dimakan.
2. Pasta

Pasta boleh bertahan antara 1 hingga 2 tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air.
Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan selama 3 minggu sekiranya tidak terkena air.
3. Roti

Semua roti mempunyai tarikh tempoh iaitu dalam masa 7 hari, namun jika ia tidak berkulat dan masih elok atau tidak berbau masam maknanya ia masih selamat untuk dimakan.
4. Yogurt

Yogurt yang telah tamat tempoh tetapi masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk, masih boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yang tertera pada yogurt tersebut.
5. Coklat

Pasti ramai penggemar manisan ini pernah mengalami masalah tarikh luput pada coklat kan? Kebiasaannya akan muncul lapisan putih pada permukaan coklat.
Lapisan putih yang terdapat pada coklat itu bukan kulat. Ia sebenarnya dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak.
Ia selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam suhu sejuk beku.
6. Bijirin

Kalau anda simpan cereal atau bijirin di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ia masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput yang dinyatakan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]