Jika lihat sahaja di tepi jalan, pasti ada banyak kedai yang menjual buah durian dan ramai juga yang tidak akan melepaskan peluang untuk merasai buah durian ini.

Namun dalam banyak pilihan yang ada, anda perlu mengetahui durian itu sedap seperti yang dibayangkan ataupun tidak.
Jadi ada beberapa tips anda boleh gunakan sebelum anda membayar untuk makan buah durian bersama keluarga tersayang.
1. Lihat tangkainya
Durian yang jatuh dari pohon tangkainya bergerigi.
Jika terlihat rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu.
Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isinya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isinya pun kuning juga.
2. Pilih yang ringan
Jangan membeli berdasarkan berat durian yang anda pilih, kerana durian yang berat biasanya masih mentah dan isinya terlalu berair atau bahkan busuk.
3. Goncang
Jika ada terasa sesuatu yang bergoncang di dalam, bererti isi buahnya jenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.
4. Bulat
Bentuk bulat menandakan isinya besar. Banyak juga durian yang lonjong atau tidak bulat, biasanya memiliki isi yang sedikit.
5. Perhatikan kulit
Jika kulit terlihat berduri jarang dan besar-besar ia boleh dipastikan durian itu mempunyai isi yang padat, tapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, daging durian pasti lembik
6. Aroma / Bau
Ketika memilih durian, cuba hidu baunya, jika baunya kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang.
Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]