
“Beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat jemaah menteri hari ini dan mungkin terpaksa membatalkan semua acara minggu ini sehingga diberitahu kelak,” kata sumber yang rapat dengan Waytha kepada FMT.
Klinik sedang menjalankan ujian ke atas menteri bagi mencari punca sakit.
Sumber memberitahu FMT dia mengalami demam panas, selesema, muntah-muntah dan cirit-birit.
Belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan dengan dakwaan pencemaran air di Kampung Kuala Koh, sebuah penempatan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.
Difahamkan Waytha berada di kampung itu sekurang-kurangnya selama 4 hari.
Seramai 113 orang di kampung itu terkena demam campak, dan 3 orang disahkan meninggal dunia kerana penyakit itu.
Turut dilaporkan 12 penduduk kampung lagi meninggal dunia semasa perjalanan dari Taman Negara di Pahang ke Gua Musang, yang mungkin disebabkan oleh pneumonia.
Bedah siasat sedang dijalankan bagi menentukan punca kematian.