
Menterinya Michael Manyin berkata, beliau akan bertemu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Putrajaya esok bagi membincangkan perkara itu, yang bakal menyaksikan Sarawak sebagai negeri pertama melaksanakannya.
“Saya menggesa guru dan ibu bapa agar menyokong program yang akan dilaksanakan di seluruh negeri, jika berjaya, ia akan diperluaskan kepada pelajar tingkatan 1 nanti,” katanya semasa merasmikan Kuiz Sains dan Matematik (SMQ) peringkat negeri di Kampus Isthmus UCSI Kuching di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, sejumlah 1,265 buah sekolah rendah di seluruh negeri, kecuali sekolah Cina, akan mula menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains yang memerlukan 2,657 guru dilatih menjelang tahun depan.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan juga diarah mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada ibu bapa mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam kedua-dua matapelajaran itu, yang lebih mudah untuk mengajar kerana terma teknikal dan yang penting kedudukan sebagai lingua franca global.