
Prof Abrizah Abdullah, dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, berkata perkara itu sudah dibawa ke perhatian Unit Integriti UM untuk disiasat.
“Saya diberitahu proses itu masih berterusan. Oleh itu, saya tiada komen lanjut.
“Kami meminta kesabaran semua pihak berkaitan, sementara menunggu siasatan ini selesai,” katanya kepada FMT hari ini.
Abdulaziz M Ghaleb dari Yaman memberitahu FMT tesisnya yang disiarkan dalam laman web rasmi UM di bawah nama 2 penyelianya tahun lalu, tetapi beliau hanya mendakwa seorang daripada penyelia itu mencurinya.
Katanya, beliau menghubungi penyelia itu untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak mendapat respons memuaskan.
Beliau kemudian mengadu kepada pengurusan UM, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mereka.
Abdulaziz memberi FMT apa yang dilihat sebagai komunikasi e-mel antara beliau dan penyelianya berhubung tesis PhD beliau.
Katanya, beliau sedang menunggu perkara itu diselesaikan untuk melengkapkan PhD beliau.