
KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Membakut semakin pulih hanya 9 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 malam tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, mereka terdiri 4 dewasa, 4 kanak-kanak dan 1 bayi di PPS Dewan Serbaguna Membakut.
“Jumlah mangsa banjir itu hanya membabitkan 3 keluarga dan semua mangsa banjir yang lain dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir di kawasan masing-masing pulih,” kata kenyataan itu.
Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.