Video baru susuli penafian Azmin

Video baru susuli penafian Azmin

Lagi video dan gambar muncul tidak lama selepas Azmin Ali menafikan dia individu dalam video seks sejenis yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA: Lagi video dan gambar muncul tidak lama selepas penafian Mohamad Azmin Ali, disebalik dakwaan mengejutkan oleh seorang pegawai timbalan menteri bahawa timbalan presiden PKR itu salah seorang daripada individu dalam video memaparkan seks sejenis yang tersebar di media sosial.

Video itu nampak seperti satu bahagian daripada rakaman sama, yang menurut Azmin cubaan untuk membunuh kerjaya politiknya.

FMT tidak dapat mengesahkan identiti individu-individu terbabit, tetapi Muhammad Haziq Aziz, setiausaha sulit kepada Shamsul Iskandar Md Akin, mendakwa ia adalah Azmin dan dirinya.

Terdahulu, Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu, dan yakin tuduhan itu komplot jahat yang dimulakan beberapa bulan lalu.

Beliau juga mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.