
Presiden Parti Cinta Sabah, Wilfred Bumburing berkata ia adalah pendekatan drastik, tetapi mampu membantu membanteras rasuah di agensi kerajaan.
“Jika rasuah dapat dibanteras, maka prosedur operasi standard jabatan, khasnya barisan depan perlu dikaji semula,” katanya kepada FMT.
“Kakitangan ini bukan saja mengesan kelemahan, tetapi juga melihat kenapa perkhidmatan penting tertentu tidak dapat diberikan sewajarnya.”
Bumburing berkata, ada yang mungkin melihat cadangannya sama dengan menempatkan polis rahsia dalam masyarakat awam, tetapi beliau menegaskan langkah itu mungkin perlu.
Katanya, rasuah tidak semestinya terhad kepada memberi dan menerima wang haram, tetapi ia mungkin membabitkan penangguhan yang tidak perlu dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata, dengan adanya kakitangan samaran dalam jabatan atau agensi kerajaan, ia mampu menghalang amalan rasuah berleluasa.
“Saya tidak mencadangkan penempatan secara kekal. Ini boleh dikaji semula selepas budaya penolakan rasuah disemai dalam kalangan kakitangan (awam).”