
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu turut menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya kepada suspek yang kononnya bergelar “Datuk”.
“Mangsa mendakwa mereka berkenalan sekitar Oktober 2017 dan suspek mahu meminjam wang, kononnya bagi urusan perniagaan gas dan minyak menyebabkan dia membuat transaksi pemindahan wang ke dalam akaun diberikan suspek.
“Dia kemudiannya menghantar kad ATM kepada suspek menerusi pos pada Februari 2018 dan hanya menyedari dirinya mungkin ditipu selepas gagal menghubungi suspek sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Wazir berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.