
Lim Mah Hui dari Penang Forum, yang berkhidmat selama 6 tahun sebagai NGO yang dilantik dalam majlis itu, berkata ini menggariskan risiko bagi pembiayaan projek mega dengan aliran tunai yang tidak menentu.
Satu laporan pada Selasa mendakwa projek jalan raya yang akan menghubungkan Paya Terubong dan Relau, tergendala apabila pemaju sepatutnya menyiapkan lagi 2.1km daripada 4.9km lebuh raya itu tidak mempunyai dana yang mencukupi.
“Projek ini akan diberhentikan pembinaannya lagi. Sekiranya kerajaan negeri dan tempatan mengalami masalah yang banyak dalam menyiapkan lebuh raya dengan panjangnya hanya 4.9 km, bagaimana orang awam mempercayai kerajaan negeri mampu membina lebuh raya 70km dan terowong bawah laut seperti dalam Pelan Pengangkutan Induk Pengangkutan awam.
“Masalah yang dihadapi dalam projek pembinaan lebuh raya ini termasuk tiang patah, tanah runtuh yang mengorbankan nyawa akibat daripada pengawasan yang kurang, sekarang penagguhan pula akibat dana yang tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata Ketua Menteri Chow Kon Yeow menggambarkan masalah sebenar apabila beliau dipetik sebagai berkata: “Memandangkan pembinaan jalan raya ini tidak akan membawa sebarang pendapatan kepada pemaju maka mereka terpaksa menumpukan penjualan projek perumahan lain juga.”
Lim mempersoalkan apa yang akan berlaku jika pemaju tidak dapat menjual projek perumahan akibat keadaan ekonomi yang tidak baik.
“Berapa lamakah pihak kerajaan harus menunggu?
“Ini adalah risiko yang dinyatakan Penang Forum mengenai risiko kewangan dengan pendapatan sebanyak RM 46 billion daripada hasil tambak tanah.
“Risiko yang ketara adalah daripada ketidaktepatan pengaliran dana. Pembayaran kepada pemaju haruslah dibuat sebaik sahaja kerja pembinaan bermula.
“Adakah kerajaan dapat menuntut semula dan menjual tanah itu dalam masa untuk membiayai pembayaran?
“Adakah terdapat pembiayaan jambatan yang mencukupi untuk menembusi kelewatan projek? Adakah kerajaan mampu menjual tanah pada harga yang diunjurkan?
“Apa yang berlaku apabila terdapat kekurangan pendapatan? Adakah projek itu akan ditangguhkan atau ditinggalkan?
“Tiada yang lebih buruk daripada memulakan projek infrastruktur yang akan memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar kemudian projek ini terpaksa ditanguhkan atau lebih teruk terus dibiarkan sahaja,” kata Lim.
Beliau berkata pemusnahan bukit-bukit di Paya Terubong juga harus menjadi pengajaran yang nyata kepada kerajaan negeri.
“Sekiranya ketua menteri menyedari masalah aliran tunai daripada projek berjumlah hanya RM 270 dan RM 275 juta, beliau sepatutnya lebih berterus terang mengenai risiko kewangan berjumlah RM46 bilion bagi PTPM,” tambah Lim.