
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merupakan anggota kumpulan Air Selangor, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sampah di muka sauk sedang giat dijalankan.
“Insiden ini dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat,” kata Syabas menerusi kenyataan yang dikeluarkan Abdul Raof Ahmad, ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, malam tadi.
“Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas,” katanya sambil menambah maklumat serta senarai kawasan terjejas akan dimaklumkan.
Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.