
Kapal peronda menahan bot nelayan berhampiran Saint Martin, pulau kecil di Teluk Bengal, dan mendapati warga Rohingya di atas bot itu, kata pengawal pantai, Josel Rana.
“Kami menemui 58 pelarian dan menahan 2 penyeludup manusia di atas bot,” katanya kepada AFP.
Kira-kira 740,000 minoriti Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh sejak tindakan keras tentera di negara majoriti Buddha sejak Ogos 2017.
Beribu-ribu pelarian cuba melarikan diri setiap tahun untuk mencari peluang yang lebih baik di negara luar seperti Malaysia dan Thailand.
Setakat ini, agensi penguatkuasa undang-undang Bangladesh berjaya menyelamatkan lebih 400 pelarian Rohingya dari kampung pesisir pantai ketika mereka menunggu untuk menaiki bot ke Malaysia.
Tetapi ini adalah kali pertama dalam 2019 apabila pelarian Rohingya diselamatkan di lautan, menimbulkan kebimbangan keadaan kem yang sesak di Bangladesh.
“Insiden seperti ini berterusan kerana desakan hidup pelarian semakin meningkat,” kata Emdadul Haq, pensyarah di North South University, Dhaka.
Rana berkata kebanyakan pelarian yang diselamatkan pengawal pantai adalah dari kem Kutupalong – kem pelarian terbesar di dunia.