Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Penyanyi Kisah Seorang Biduan itu meninggal dunia di usia 78 tahun malam tadi selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar Sabtu lalu.

Dahlan Zainuddin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penyanyi era 70-an, Dahlan Zainuddin, 78, meninggal dunia di Hospital Selayang pada 9.48 malam tadi selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar Sabtu lalu, lapor Utusan.

Perkara ini disahkan oleh isterinya, Effa Rizan kepada akhbar itu. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik Bintang RTM 1975, Dahlan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.