
Presiden Moehamad Izat Emir berkata usaha itu bertepatan dengan saranan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mahu lebih banyak pelaburan asing bagi memperkukuhkan kembali ekonomi negara.
“Kerajaan perlu menyusun semula pantang larang kepada pembeli asing supaya terkawal dan tidak bebas 100%,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau percaya para pembeli yang dahulunya kecewa akan berasa gembira dan pasti kembali untuk menghidupkan semangat baru.
Keadaan ini sekali gus menyumbang kepada langkah menghidupkan semula ekonomi di selatan sambil meyakinkan para pelabur terutama dari China.
Izat turut berharap pendapatnya diterima baik demi memajukan negara dan Aseam secara amnya.
“Kita tidak boleh menafikan bahawa kerjasama yang lebih mantap antara Malaysia dengan China adalah amat penting dalam usaha memperkasakan ekonomi negara,” jelasnya.
Pada 27 Ogos 2018, Malaysia dilapor tidak akan membenarkan rakyat asing membeli unit kediaman di Forest City yang membabitkan pelaburan sehingga AS$100 bilion.
Projek berkenaan menjadi tanda tanya selepas pakatan yang dipimpin Dr Mahathir mencatat kemenangan mengejutkan pada pilihan raya umum Mei lalu.
Larangan itu dikeluarkan ketika pemaju projek, Country Garden Holdings sedang merancang untuk memulihkan kembali bandaraya yang mengalami penurunan permintaan.
Projek futuristik mewah yang dibina di atas empat pulau buatan itu dijangka mampu menempatkan sehingga 700,000 penduduk.