Penduduk gempar UFO terbang di langit Phuket

Penduduk gempar UFO terbang di langit Phuket

Video pendek berdurasi 54 saat menyaksikan orang ramai dilihat berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri fenomena pembentukan awan merah disebalik kilat sambar-menyambar.

Bulan lalu, pelancong Darren Blakeley, 53, dikatakan berjaya merakam insiden luar biasa sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) di sebalik pembentukan awan berwarna merah.

Kejadian itu dipercayai dirakam ketika dia bercuti di Laguna, Phuket, Thailand pada 22 April lalu.

Menerusi video pendek berdurasi 54 saat itu, orang ramai dilihat berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri fenomena terbabit yang turut menyebabkan kilat sambar-menyambar.

Menurut Darren dari New Zealand yang kini tinggal di Singapura, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu dan ia menarik minatnya untuk terus membuat rakaman.

“Semua orang yang melihat insiden menggemparkan itu berasa kagum. Ketika kejadian suasana tenang. Yang ada hanyalah sebuah awan besar berwarna merah dengan kilat sambar menyambar di dalamnya.

“Tiba-tiba satu objek bercahaya dilihat keluar dari kepulan awan tersebut. Ia seperti babak dalam filem Avengers,” katanya.

Sehingga kini, rakaman Darren ditonton lebih 1.7 juta kali di media sosial dengan lebih 37,000 perkongsian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.