Letakkan dalam peti ais sahaja, jeans akan bersih!

Letakkan dalam peti ais sahaja, jeans akan bersih!

Kebanyakan di antara kita basuh seluar jeans menggunakan sabun namun ramai tidak tahu ia adalah cara yang tidak tepat untuk membersihkannya.

Rata-rata masyarakat membasuh pakaian termasuk seluar jeans dengan hanya memasukkan ke dalam mesin basuh, kemudian mencucinya menggunakan sabun basuh.

Namun tahukah anda cara sebenar untuk membasuh jeans hanya dengan memasukkannya ke dalam peti ais bagi membunuh kuman yang ada.

Menurut CEO Levi’s, Chip Bergh sebenarnya bahan yang digunakan untuk membuat jeans memang mempunyai sifat tidak perlu dicuci dengan mesin basuh.

Bergh juga mengaku dia tidak pernah mencuci seluar jeans miliknya sehingga 10 tahun.

Tapi adakah cara tersebut akan membuat kita mendapat kesan sampingan seperti terkena penyakit kulit?

Secara asasnya, terdapat dua cara untuk membersihkan jeans.

Pertama, simpan jeans di dalam freezer dengan suhu 18 darjah celsius ke bawah kerana ia boleh menghilangkan bakteria sehingga 90 peratus.

Kedua, jemur di bawah terik matahari selama beberapa hari sehingga tidak ada bau.

Tapi kalau seluar kita itu dah berdebu dan kotor, barulah kita basuh dengan air dan sabun.

Untuk memastikan warna jeans korang kekal cantik dan tidak lusuh, jangan gosok bahagian depan jeans kerana ia akan membuatkan jeans anda lebih tahan lama seperti baru dibeli.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.