
Meskipun Ramadan sudah berlalu hampir 2 minggu, namun ia terus diraikan dengan penuh kemeriahan.
Malah ia menjadi Ramadan yang sangat bermakna buat sesetengah masyarakat apabila dapat bertemu semula setelah beberapa tahun tidak berjumpa.
Hubungan yang terpisah membuatkan ada di antara mereka yang bertemu kembali dalam sebuah program yang dianjurkan iaitu pelajar Madinah pulang ke Malaysia semata-mata ingin iftar bersama rakan dan gurunya.
Menurut Rahimi Asyraf, 24 yang menuntut di Universiti Madinah, beliau merasakan Ramadan kali ini bulan keberkatan yang perlu diambil peluang semua pihak untuk mengeratkan hubungan yang lama terpisah.


“Saya pulang semata-mata kerana ingin iftar bersama, saya rindukan guru, saya rindukan kawan-kawan, saya tahu Madinah itu jauh dan kalau bukan kerana Ramadan, belum tentu kita semua dapat berjumpa,” katanya kepada FMT.
Rahimi pelajar Sekolah Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Alumni sekolah tersebut buat pertama kali menganjurkan majlis iftar seperti itu hanya bagi mengumpul pelajar dan guru.


Ia mengumpulkan pelajar pada 2005 sehingga 2018 dengan jumlah hampir 300 orang semuanya termasuk guru dan kakitangan sekolah tersebut.
Selain itu sumbangan wang ringgit turut diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.



Pengerusi Alumni, Firdaus Ashfari berkata majlis ini berupaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua bekas pelajar dan guru di samping menjadikan ia sebagai platform yang paling berkesan dalam membentuk ukhwah dalam bulan yang mulia ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]