Pada masa kini, kaum muslimah sangat bertuah meskipun mempunyai batas dalam syariat bergaya namun dalam peredaran dan perkembangan fesyen muslimah yang semakin menular membolehkan mereka untuk tampil lebih anggun, cantik dan “trendy”.

Terdapat beberapa jenis tudung yang boleh anda pilih sesuai mengikut bentuk muka serta yang memberi keselesaan kepada anda.
Pemakai juga boleh memilih jenis tudung yang pelbagai pada Syawal ini supaya sentiasa kelihatan berbeza dan tampak berani dalam menggayakan setiap fesyen tudung terbaru!
TUDUNG BAWAL

Majoritinya menjadikan tudung bawal sebagai tudung kegemaran mereka untuk tampil setiap hari meskipun terdapat lambakan fesyen tudung dari masa ke semasa.
Terdapat pelbagai jenis tudung bawal di pasaran baik dari jenis cotton, satin, sutera dan terbaru penggunaan kain crepe.
Baik dari segi bawal kosong, bercorak sehinggalah kepada tudung bawal yang mempunyai taburan batu Swarovski juga menjadi pilihan.
Apa yang pasti, tudung bawal digemari dan disukai ramai kerana sangat praktikal untuk digayakan baik untuk ke tempat kerja ataupun di pakai ke mana sahaja.
SHAWL/ PASHMINA

Shawl dapat menimbulkan ciri-ciri kemas pada seseorang individu dan yang menariknya lagi dapat dipakai dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai.
Terdapat banyak tutorial juga boleh didapati di media sosial seperti Instagram, Facebook, Youtube dan pelbagai medium lain bagi memudahkan si wanita untuk tampil cantik seiring masa kini.
Shawl kebiasaannya dihasilkan daripada kain cotton, chiffon, sutera, satin dan juga kain crepe.

TUDUNG SARUNG (JENIS AWNING LEMBUT & KERAS)

Kebanyakan yang menggunakan tudung jenis ini golongan wanita yang sedikit berumur seperti ibu-ibu, dan yang lebih berusia.
Ini kerana lebih mudah digayakan dengan cepat.
Terdapat pelbagai jenis tudung sarung yang boleh dijumpai.
Terdapat tudung sarung yang mempunyai awning lembut pada bahagian muka dan juga ada yang keras.
Selain itu, designnya ada pelbagai seperti tudung sarung 1 layer, 2layer, 3 layer dan lain-lain.
TUDUNG ORGANZA

Ia mulai popular setelah digayakan oleh seorang selebriti di Indonesia pada majlis perkahwinannya.
Bukan sahaja sesuaian di pakai untuk majlis perkahwinan, malah ada jumpa kaun wanita yang mula menggayakannya ke majlis atau dipakai berjalan-jalan.
Selalunya, dipakai bersama-sama “inner lace” pada bahagian anak rambut dan tudung organza di bahagian luar.
Tudung ini mampu menampilkan seseorang wanita itu unutuk kelihatan sangat anggun, ayu dan menarik.
TUDUNG RUFFLES

Tudung ruffle atau dikenali sebagai tudung bulu-bulu, tudung yang mempunyai bulu ostrich pada bahagian kelilingnya.
Ianya cukup trendy dan mendapat tempat di hati kebanyakan wanita kerana designnya yang unik.
TUDUNG EYELASH HEM

Tudung dengan jahitan ini menjadi kegilaan pelbagai lapisan wanita baik dari yang muda sehingga yang berusia kerana mampu menimbulkan ciri kemewahan pada si pemakai.
Jadi, dalam banyak-banyak rekaan tudung yang ada di Malaysia, mana satukah pilihan anda?
Yang pentingnya, haruslah memastikan tudung yang dipakai dapat memberikan keselesaan yang maksima meskipun cukup bergaya dan versatile ya. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini dan semoga berjumpa di ruangan seterusnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]