Ramadan bulan yang ingin diambil kesempatan oleh banyak pihak termasuk ibu dan bapa pergi ke masjid menunaikan solat sunat terawih.

Tindakan itu juga sekaligus akan melatih anak-anak menjadi lebih dekat dengan ibadah dan lebih rajin pergi ke surau untuk berjemaah.
Namun dalam keadaan itu, terdapat orang awam yang mengadu bahawa membawa anak kecil ke masjid akan menggangu orang lain untuk beribadah dengan tenang.

- Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.
- Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
- Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
- Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
- Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
- Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
- Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.

Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.
Sumber Parent Connect Consultancy
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]