
Poon menjawat jawatan tersebut sejak kematian Wong.
Ahli Dewan Undangan (Adun) Luyang, Phoong Jin Zhe, bekas setiausaha politik Wong, akan menggantikan Poon sebagai menteri belia dan sukan, sementara bendahari DAP Sabah, Loh Ee Heng merupakan Adun yang baru dicalonkan.
Shafie membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media di pejabat Sabah Air di sini hari ini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat ke-3 jawatankuasa khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
“Majlis angkat sumpah akan diadakan Selasa depan,” katanya.