‘Dashcam’ dedah situasi sebenar di pusat servis kereta

‘Dashcam’ dedah situasi sebenar di pusat servis kereta

Terdapat pusat servis kereta cuba menipu pelanggan dengan tidak memberi perkhidmatan yang sebenarnya kepada mereka.

Artikel ini bukan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan, tetapi untuk kesedaran bahawa kes penipuan di pusat servis kereta yang sah boleh berlaku kepada anda.

Ia juga bukan untuk memberi persepsi negatif kepada jenama kereta baru tertentu.

Dalam masa yang sama kami tidak akan menunjukkan sebarang rakaman daripada “dashcam” walaupun kami sendiri melihat bukti tentang apa yang mekanik itu lakukan.

Apatah lagi untuk menjual “dashcam” kepada anda, ia tidak akan berlaku sama sekali.

Segala pendedahan yang dibuat hanya untuk memberi kesedaran dan tips yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri dan juga kenderaan anda.

Ini kisahnya:

Ramai dalam kalangan kita meletakkan kepercayaan kepada pusat servis kereta yang sah, mungkin kerana reputasi jenama kereta itu dan pasti akan memberi servis yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

Namun kami mendengar pelbagai aduan daripada pembaca dsf.my dan beberapa rakan lain tentang perkara sebaliknya.

Jika bulan lalu, salah seorang dari kenalan kami, Daniel dapat mengesan taktik kotor daripada pusat servis kerana dia sendiri adalah seorang mekanik profesional.

Minggu ini pula seorang lagi rakan saya mengesan tingkah laku yang tidak betul melalui semakan rakaman di “dashcam” nya.

Ia bermula apabila dia menghantar keretanya mengikut jadual yang ditetapkan, mereka menjanjikan untuk membersihkannya namun setelah kereta itu dikembalikan, dia mendapati kereta itu tidak dibersihkan sama ada di dalam atau di luar.

Malah, mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk servis keretanya dan ia benar-benar mencurigakan.

Pada keesokan harinya, dia melihat semula rakaman “dashcam” untuk mengetahui apa yang berlaku, namun apa yang mengejutkan adalah apabila keluar tanda berwarna merah sebagai amaran dan semua rakaman hilang.

Di dalam rakaman “dashcam” tersebut, dia mendapati tiada sebarang servis yang dilakukan dan dirakam dalam kad memorinya, yang ada hanyalah kereta dia dipandu masuk ke kawasan servis dan rakaman keretanya keluar daripada tempat itu sahaja.

Apabila dia bertemu dengan seseorang yang boleh membantu untuk mendapatkan kembali rakaman yang hilang itu, dia mendapati klip tersebut menunjukkan kakitangan di pusat servis itu dengan sengaja menghilangkan rakaman di “dashcam” nya.

“Dashcam” itu juga mengesan mekanik tersebut melakukan perkara yang tidak sesuai terhadap kereta pelanggan.

Kenapa seseorang yang dipertanggunjawabkan untuk menjaga kereta pelanggan boleh mengubahsuai atau mengeluarkan sebarang rakaman yang ada pada kereta itu? Ia sangat mencurigakan.

Ekoran kejadian itu, pusat servis kereta tersebut tidak menawarkan sebarang pampasan dan menegaskan perkhidmatan yang dijalankan adalah betul.

Malah pusat servis itu juga tidak langsung menawarkan semula perkhidmatan dengan kos sendiri untuk memuaskan hati pelanggan.

Jadi buat masa ini, apa yang saya boleh cadangkan kepada anda ialah perlu memasang “dashcam” bagi mengesan bahagian yang dibuang dan minyak pelincir yang digunakan pada setiap kali servis dibuat.

Secara peribadi, terdapat banyak mekanik yang bangga dengan kerja mereka, dengan layanan minumam seperti teh dan kopi yang diberikan, tempat menunggu berhawa dingin.

Namun yang paling penting adalah untuk menjaga hubungan bersama pelanggan.

Sumber: www.dsf.my
Facebook: https://www.facebook.com/drivesafeandfast/
Instagram: https://www.instagram.com/drivesafeandfast/

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.