Mazlan dilantik timbalan KPN baru

Mazlan dilantik timbalan KPN baru

Mazlan Mansor dilantik menggantikan Noor Rashid Ibrahim yang bersara secara rasmi pada 17 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mazlan Mansor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mazlan Mansor dilantik sebagai timbalan ketua polis negara yang baru berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Mazlan dilantik menggantikan Noor Rashid Ibrahim yang bersara secara rasmi pada 17 Mac lalu.

Surat pelantikan kepada Mazlan, 58 diserahkan oleh Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Kementerian Dalam Negeri hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Negara baru Abdul Hamid Bador.

Memetik laporan Bernama, Muhyiddin berkata pelantikan itu mendapat persetujui Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah dan diangkat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kita harap pasukan polis mempunyai kepimpinan yang bagus dan tingkatkan keyakinan orang ramai terhadap apa yang dilakukan PDRM dalam meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan, serta mengangkat martabat PDRM sebagai agensi penguatkuasaan yang disegani dan dihormati,” kata Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Mazlan sepanjang perkhidmatan dalam pasukan polis memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.

Antara jawatan yang pernah disandang Mazlan ialah ketua bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh, ketua polis Melaka, ketua bahagian Siasatan Selangor dan ketua polis Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.