Eksekutif syarikat ditahan dalam siasatan kelengkapan tentera

Eksekutif syarikat ditahan dalam siasatan kelengkapan tentera

DRB-Hicom mengesahkan siasatan SPRM ke atas DefTech berkaitan kontrak kenderaan tempur berperisai.

Siasatan berkaitan perlatan melibatkan kereta tempur berperisa Gempita dan Adnan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua eksekutif kanan syarikat direman Suruhanjaya Siasatan Diraja Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan kelengkapan yang dibekalkan untuk kenderaan tempur berperisai tentera darat.

Konglomerat berkaitan kerajaan, DRB-Hicom mengesahkan laporan media mengenai siasatan SPRM ke atas anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech). Syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Dua eksekutif itu adalah ketua eksekutif, berusia 53 tahun, dan ketua pegawai kewangan, berusia 45 tahun.

Siasatan SPRM itu berkaitan kontrak bekalan kelengkapan untuk Deftech AV8 Gempita dan ACV-300 Adnan antara 2014 dan 2017 yang bernilai RM17 juta, menurut Malaysiakini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Azam Baki dilapor berkata kira-kira RM100,000 wang tunai dirampas dalam siasatan itu, termasuk dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut.

Gempita adalah sebuah kenderaan berperisai 8 roda dan Adnan kenderaan berperisai roda runut. Mereka dihasilkan oleh DefTech di Pekan. Kedua-dua kenderaan itu berasaskan rekaan Turki.

Tentera darat memiliki 267 Adnan ACV-300 dan 257 AV8 Gempita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.