Prestasi pencapaian janji kerajaan sebanyak 39%, kata PM

Prestasi pencapaian janji kerajaan sebanyak 39%, kata PM

Perdana menteri berkata PH mengukur status kemajuan 464 inisiatif yang merupakan dasar dan tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji yang terkandung dalam manifestonya.

Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pencapaian janji kerajaan dari 10 Mei 2018 hingga 30 April lepas adalah 39.01%, merangkumi janji-janji yang sudah dilaksanakan atau sedang diusahakan.

Beliau menjelaskan prestasi diukur melalui status kemajuan 464 inisiatif, yang merupakan dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji yang terkandung dalam manifestonya, Buku Harapan.

Beliau berkata sebanyak 53 inisiatif (11.42%) sudah ditunaikan daripada 128 inisiatif, manakala 283 inisiatif atau 60.99% di peringkat dalam perancangan atau belum mula.

Prestasi itu menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34% berbanding 9.67% pada 31 Disember 2018, katanya.

“Walaupun terdapat sedikit kelewatan tetapi kita telah terus berusaha untuk memenuhi janji-janji kita seperti yang terkandung di dalam Buku Harapan,” katanya dalam ucapan sempena ulangtahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.