55 maut lori minyak meletup di Nigeria

55 maut lori minyak meletup di Nigeria

Letupan dipercayai berlaku ketika orang ramai cuba mengalihkan bahan bakar itu dari lori yang terbalik.

Nigeria mencatatkan beberapa kejadian letupan lori tangki minyak yang membunuh ratusan nyawa sejak beberapa tahun lalu. (Gambar Youtube)
LAGOS:
Sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dan 37 cedera apabila sebuah lori membawa muatan minyak petrol meletup di ibu negara Niger, lapor agensi berita Anadolu memetik menteri Dalam Negeri pada Isnin.

Menerusi twitternya, Mohamed Bazzoum berkata beberapa kenderaan dan rumah turut terbakar dalam kejadian di Niamey itu.

Presiden Issoufou Mahamadoo menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi nasional”, sumber hospital mengatakan jumlah kematian mungkin meningkat kerana kebanyakan mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Letupan dipercayai berlaku ketika orang ramai cuba mengalihkan bahan bakar itu dari lori yang terbalik.

Nigeria sebuah negara kaya dengan hasil minyak, menyaksikan beberapa kejadian letupan lori tangki yang membunuh ratusan nyawa sejak beberapa tahun lalu – ia juga sering berlaku ketika orang ramai cuba mencuri bahan api itu dengan mensabotaj saluran paip.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.