Isnin bin Puasa memang unik namanya malah ia pastinya menarik perhatian ramai apabila umat Islam menyambut Ramadan pada hari ini Isnin.

Bagi Isnin Puasa, 74, nama yang diberikan arwah bapanya, Puasa Sabtu, adalah sesuatu yang cukup istimewa dan secara kebetulan, umat Islam mula berpuasa hari Isnin.
Peneroka Felda itu berkata, namanya, Isnin, adalah nama biasa namun sebaik digabungkan dengan nama bapanya, Puasa, ia menjadi menarik.
“Secara kebetulan kita berpuasa Isnin dan kesempatan itu saya mengucapkan selamat berpuasa,” katanya, dipetik laporan media.
Katanya lagi, sepanjang hayatnya, bapanya tidak pernah menceritakan sebab nama itu dipilih untuknya.

“Ada juga penduduk di Felda ini menyakat supaya berpuasa pada Isnin ini tetapi saya hanya tersenyum,” katanya yang berasal dari Alai, Melaka dan menetap di Felda Kepis, Bahau, sejak 17 April 1982.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]