Mazlan Bujang nafi melobi jawatan pengerusi PPBM Johor

Mazlan Bujang nafi melobi jawatan pengerusi PPBM Johor

Jawatan itu diamanahkan kepadanya oleh pengerusi PPBM dengan surat pelantikan ditandatangani presiden parti.

Mazlan Bujang dilantik sebagai pengerusi baru PPBM Johor menggantikan bekas menteri besar, Osman Sapian. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang menegaskan beliau tidak pernah melobi dengan Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan jawatan pengerusi PPBM Johor.

Sebaliknya, beliau menjelaskan jawatan itu diamanahkan kepadanya oleh pengerusi PPBM itu dengan surat pelantikan ditandatangani presiden parti, Muhyiddin Yassin.

“Jangan ada orang salah faham, salah anggap ingat saya yang meminta-minta,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Duit Raya bersama Hotel M Suites, malam tadi.

Mazlan berkata demikian ketika menafikan dakwaan beliau melobi untuk mendapatkan jawatan tersebut selepas digugurkan daripada barisan exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar baru, Dr Shahruddin Jamal.

Sejak dilantik sebagai pengerusi baru menggantikan bekas menteri besar, Osman Sapian, nama Mazlan tidak lekang daripada kontroversi kerana dilaporkan ramai ketua bahagian PPBM di negeri itu tidak puas hati dengan pelantikan itu.

Semalam, sekurang-kurangnya 21 daripada 26 ketua bahagian PPBM Johor dilaporkan menghadiri mesyuarat khas di ibu pejabat parti itu bagi menyatakan sokongan terhadap Sahruddin menjadi pengerusi baru.

Mesyuarat itu dipercayai turut dihadiri Sahruddin, yang juga Adun Bukit Kepong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.