Mungkin ada yang ingin menghabiskan masa untuk keluar bersama rakan atau bahasa mudahnya “lepak” selepas tarawih.

Walaupun perkataan seperti “Jom lepak!” sering dan mudah dilaungkan, soalan yang selalu diikutinya biasanya berbunyi “lepak kat mana?”
Dan apabila anda tanya kembali, laungan “mana-mana pun ok, kau pilih la” boleh membuat anda sedikit berang.
Berikut adalah beberapa senarai lokasi yang best untuk anda berkumpul makan dan borak bersama sepanjang Ramadan daripada moreh hingga waktu sahur.
Tapak merupakan sebuah tempat dimana pelbagai food trucks berkumpul.
Berkonsepkan makanan jalanan, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual seperti nasi goreng ayam kunyit, burger dan juga makanan “hipster” yang susah untuk dijumpai di tempat lain.
Selain itu, tapak juga menarik kerana ia mengadakan persembahan muzik secara live.
Antara food trucks yang menarik di tapak adalah Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, First Order dan juga Babarittos.
Lokasi ini yang berdekatan dengan Suria KLCC, sangat strategik dan sesuai jika anda baru sahaja menonton wayang atau membeli-belah dan mahu lepak dan santai.
Tapak mungkin agak sibuk dan sesak di waktu hujung minggu.
Jadi kami nasihatkan anda buat perancangan sebelum datang.
Juga, tempat ini tidak sesuai untuk lepak ketika hujan kerana tidak beratap.
Berkonsepkan restoran kontena, The Garage KL telah menjadi tempat popular untuk warga KL lepak.
Dengan reka bentuk industrial minimalist yang menarik, tempat ini sesuai untuk mengambil gambar-gambar #instagoals anda.
Jenis makanan yang dihidangkan oleh restoran Garage KL adalah makanan Western dan popular untuk “dessert” (pencuci mulut) mereka.
Tempat ini juga mempunyai muzik live secara akustik untuk menghiburkan anda.
Selain restoran, tempat ini juga terdapat kedai gunting rambut, kedai koleksi figurin Star Wars dan juga ada bengkel kenderaan di tingkat bawah!
The H di Hartamas merupakan sebuah tapak gerai-gerai makanan yang luas, di mana terdapat pelbagai jenis makanan untuk pilihan anda.
Konsep terbuka tempat ini membuatnya sangat sesuai untuk lepak dan menonton perlawanan bola sepak.
Gerai-gerai makanan yang ada menghidangkan makanan seperti char kuey teow, satay dan makanan Arab.
Juga popular adalah dessert seperti pisang goreng cheese.
Selain itu, tempat ini juga popular kerana menjadi tempat lepak ramai selebriti.
Di sini mendapatkan tempat parkir agak susah, kecuali jika anda datang awal atau anda tidak kisah untuk parkir berjauhan sedikit.
Jadi, anda dinasihatkan untuk merancang dan gerak awal untuk memberi masa mencari kawasan parkir kosong.
Gobox adalah tempat yang juga seperti kontena, tetapi lebih kepada konsep food stalls, di mana terdapat pelbagai gerai.
Tempat yang berkonsepkan industrial ini menjadi tempat lepak popular warga instafamous.
Makanan menarik yang ada di tempat ini termasuk teppanyaki, makanan Thai, churros dan otak-otak.
Mendapatkan parkir di tempat ini juga agak mencabar kerana jalannya sempit.
Bagaimanapun, jika anda tidak kisah jalan jauh sedikit, anda masih boleh jumpa tempat parkir.
Jalan Telawi di Bangsar mempunyai pelbagai jenis restoran, daripada restoran mamak hinggalah ke restoran “fine dining”. Tiada kekurangan tempat lepak di sini.
Tempat ini popular dengan warga Bangsar sebagai tempat lepak.
Antara kedai makan popular disini ialah KGB (Killer Gourmet Burgers), Sri Nirwana Maju, Mikey’s Pizza dan Dip N Dip.
Selain itu, tempat ini juga popular dengan warga antarabangsa, yang lebih gemar lepak di bar dan restoran makanan barat.
Di kawasan ini parkir agak susah kerana sentiasa penuh, tetapi anda boleh parkir kereta dengan mudah di pusat beli-belah Bangsar Village.
Dari Bangsar Village, ia cuma mengambil masa 2 atau 3 minit untuk berjalan ke tempat lepak anda.
Sumber : KLture.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]