
Beliau berkata, tempoh perkhidmatan Hamid, yang menggantikan Mohamad Fuzi Harun, adalah dari 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
“Seperti termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat perdana menteri dan atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis memperkenankan pelantikan Abdul Hamid Bador sebagai KPN secara kontrak.
Muhyiddin turut mengucapkan penghargaan kepada Fuzi atas sumbangannya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai KPN sejak 2017. Perkhidmatan Fuzi tamat esok.
Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Abdul Hamid, 60, dilantik sebagai KPN baru.
Hamid, yang pernah mengetaui Cawangan Khas, bersara pada awal 2015 selepas mempersoalkan penglibatan kerajaan terdahulu dalam pelbagai skandal.
Pada Mei tahun lepas, beliau dilantik semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke jawatan lamanya.
Bulan lalu, beliau dilantik sebagai timbalan KPN selepas pesaraan Noor Rashid Ibrahim.
Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang didakwa menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB, selain mendesak siasatan terus dijalankan ketika menjadi timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.