
Setiap kali muncul bulan Ramadan pasti semua sudah dapat membayangkan kesesakan, tidak kiralah sama ada di jalan raya atau pun di tempat-tempat lain.
Sepanjang bulan itu waktu bekerja berubah dari bulan-bulan lain dan sebelah petangnya beratus-ratus orang berpusu-pusu ke satu-satu kawasan bazar Ramadan untuk membeli juadah dan minuman untuk berbuka.
Sehubungan itu, wajarlah setiap orang mengatur perjalanan dengan lebih baik bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya di kawasan membeli-belah dan bazar Ramadan.
Sempena bulan mulia ini, Waze menyediakan beberapa tips yang boleh dipraktikkan dan digunakan.
Waktu terbaik ke tempat kerja
Waze menjangkakan pemandu akan mengalami kesesakan setiap kali hendak ke tempat kerja dan untuk pulang.
Kesesakan biasanya teruk dari 8 pagi hingga 11 pagi pada hari biasa,Ia akan kembali sesak pada jam 3 petang ke atas.
Jadi anda perlu bangun awal untuk sahur dan sembahyang, kemudian terus bergerak menuju ke tempat kerja sebelum jam 8 pagi.
Masa terbaik dan kritikal ke restoran “fast food”

Anda suka makan pada lewat malam atau sarapan pagi di restoran “fast food”? Tak ada masalah!
Pada bulan Ramadan, anda boleh singgah di restoran tersebut pada jam 9 malam ke atas.
Dari tengah malam sehingga 5 pagi pun tiada masalah, tapi jangan memandu atau merayau jam 4 petang sehingga 7 malam kerana waktu itu paling sesak.
Itulah waktu ramai yang berpusu-pusu ke kawasan jualan juadah untuk berbuka puasa.
Masa terbaik dan kritikal ke pusat membeli belah

Ketika bulan Ramadan umat Islam akan sibuk membeli-belah, sama ada pakaian dan kelengkapan lain untuk menyambut Aidilfitri.
Kebanyakan pusat membeli-belah akan sesak bermula 12 tengahari sehingga 4 petang.
Malah keadaan akan lebih kritikal bermula 5 hingga 6 petang.
Ini kerana ada yang merancang untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka puasa dan ada yang merancang untuk berbuka puasa di tempat yang berhampiran dengan pusat membeli-belah.
Jadi anda boleh merancang untuk membeli-belah pada waktu yang sesuai, iaitu bermula 8 malam ke atas.
Masa terbaik dan kritikal ke bank

Sepanjang bulan Ramadan, kesesakan turut akan berlaku di semua bank.
Bermula 7 hingga 9 pagi, bilangan mereka yang beratur di ATM akan meningkat.
Dan kesesakan ini akan berlanjutan di kaunter bank sebaik sahaja ia dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 3 petang.
Jika anda mahu mengeluarkan wang di ATM, anda boleh melakukannya pada jam 4 petang ke atas kerana pada waktu itu kesesakan akan berkurangan.
Masa terbaik dan kritikal mengisi petrol

Jika anda mahu mengisi petrol di Bulan Ramadan, mulakan perjalanan anda lebih awal supaya tidak beratur terlalu panjang sekiranya anda pergi jam 8 pagi.
Stesen minyak akan mulai sesak pada jam 9 pagi.
Elak pergi ke stesen minyak sekitar 3 sehingga 6 petang kerana ketika itu ramai mengambil peluang untuk mengisi minyak dalam perjalanan pulang ke rumah.
Jika anda hendak mengisi minyak selepas waktu bekerja, lakukannya pada 7 malam ke atas.
Kurangkan masa anda di jalan raya dengan menyiapkan tugas yang diberikan atau habiskan masa bersama orang tersayang.
Muat turun applikasi Waze untuk mencubanya, untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]