Seorang maut, 6 cedera dalam insiden tembakan di Baltimore, AS

Seorang maut, 6 cedera dalam insiden tembakan di Baltimore, AS

Pihak berkuasa menerima panggilan sejurus selepas pukul 5 petang pada Ahad yang melaporkan ramai orang ditembak.

Media tempatan melaporkan seorang mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian petang Ahad itu. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Seorang maut, manakala 6 lagi cedera dalam satu insiden tembakan di Baltimore, negeri Maryland, Amerika Syarikat pada Ahad petang, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Jurucakap polis Baltimore, Chakia Fennoy berkata, pihak berkuasa menerima panggilan sejurus selepas pukul 5 petang pada Ahad yang melaporkan bahawa ramai orang ditembak.

Seorang daripada mangsa telah meninggal dunia, menurut media tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.