
Banyak penjual mengambil langkah mudah dengan menggunakan pewarna untuk meniru warna asal kuih bagi mengaburi mata pembeli.
Contohnya dalam pembuatan kuih onde-onde, keasliannya hilang apabila ramai yang hanya menggunakan pewarna hijau bagi menyerupai warna daun pandan.
Kuih tersebut merupakan “signature” buat hotel EQ dan atas permintaan tinggi, pihak hotel kekal menyajikan onde-onde serta kuih tradisional pada bulan Ramadan ini.
Menurut ketua chef EQ Hotel, Chef Ali Tuwin penekanan pihak hotel terhadap kuih tradisional adalah simbolik buat mereka pada tahun ini yang bertemakan konsep masakan ala kampung dan moden yang diubah suai mengikut cita rasa masyarakat.
Selain onde-onde, kuih ketayap adalah “paling popular”, sebaik sahaja ia masuk ke mulut keenakannya terus dirasai.
Ia diakui majoriti mereka yang turut sama merasainya.


Juadah istimewa paling mendapat sambutan di Hotel EQ juga adalah masakan daging salai.
Menu yang berasal dari Negeri Sembilan ini berjaya mencuri perhatian sesiapa sahaja yang mencubanya dengan kelemakannya serta daging yang disalai sesedap rasa.
Berkonsepkan ala kampung, Hotel EQ turut menampilkan menu paling laris iaitu beriani gam Johor, kambing golek, sate dan mee kari.
Anggaran menu yang disediakan sepanjang Ramadan adalah antara 80-120 menu dan ia bertukar mengikut jadual yang ditetapkan.

Hotel EQ menawarkan 2 harga berbeza bagi pakej Selera Warisan, harga bagi setiap orang adalah RM178, anda akan berbuka puasa di Restoran Nipah dan 50% diskaun bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Pakej Sajian Kasih pula berharga RM188 setiap orang, anda akan berbuka puasa di “function room” eksklusif dan mampu memuatkan 50 orang pada satu masa..
Menariknya, di manakah lagi lokasi yang kita boleh merasai pelbagai kuih tradisional seperti ini?


Lebih-lebih lagi di tengah kota Kuala Lumpur, segalanya mahal dan tidaklah sesedap mana berbanding dengan harga yang ditetapkan.
Jadi, apa kata anda mencuba segala keenakan kuih ini di Hotel EQ yang terletak di Bukit Bintang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]