
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung isu berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
“Polis ada menerima laporan daripada badan bukan kerajaan yang tidak berpuas hati, jadi kita siasatlah.
“Kita tengok pada keperluan dan kesalahan…sekiranya perlu kita akan panggil untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.
Katanya, siasatan setakat ini dilakukan di bawah Akta Hasutan dan pihaknya akan melihat sekiranya terdapat undang-undang berkaitan yang boleh digunakan bagi membantu siasatan.
Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin politik yang merupakan antara individu didakwa mengkritik raja Melayu dalam forum itu.
Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada ratifikasi Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.