Pernahkah anda terfikir untuk mengambil seni mempertahankan diri seperti Muay Thai atau kickboxing, tetapi tidak tahu siapa dan di manakah tempat untuk mencari jurulatih?

Bagaimana pula jika anda ke gym dan berhasrat untuk mengurangkan berat badan, tetapi tidak berjaya?
Sekiranya anda mengakui semua perkara tersebut, maka beralihlah kepada aplikasi “Joompa”, yang merupakan servis jurulatih pertama di Malaysia yang disediakan untuk anda.
Pengasas Joompa, Benjamin Price berkata, ia adalah applikasi yang sesuai untuk pengguna dan jurulatih untuk latihan kekuatan, menghilangkan lemak, yoga dan seni mempertahankan diri.
Pengguna boleh memilih sukan yang mereka inginkan dan lakukannya di rumah anda, dengan cara hanya tetapkan masa dan tarikh, pilih jurulatih yang anda inginkan, tempoh latihan yang ingin dibuat, kemudian buat bayaran, selesai!
Anda hanya perlu menunggu masa untuk memulakan latihan.
Tetapi sekiranya tiada peralatan untuk menjalankan latihan di rumah, anda boleh memilih pusat gym atau di mana-mana tempat yang berdekatan dengan rumah.
Di dalam applikasi itu juga, anda boleh melihat latar belakang pelatih tersebut sebelum anda memilihnya.
Jika anda masih lagi tidak yakin, anda boleh melihat semakan dan komen daripada pengguna terdahulu di bahagian testimoni.
Jika mahukan tutorial, anda boleh melihat di laman sosial Instagram Benjamin. Beliau sering menyiarkan video petua tentang kesihatan yang boleh diamalkan pengguna Joompa.
Selain applikasi Joompa, anda juga boleh membuat permintaan menerusi laman sosial Facebook atau Instagram dan Benjamin sendiri akan memproses permintaan anda.
Bercakap kepada FMT, Benjamin, 27, berkata, beliau kini mengendalikan Joompa sebagai pekerjaannya sepenuh masa.
Beliau juga mendapat banyak panggilan daripada individu yang menawarkan diri sebagai tenaga pengajar.
Namun bagi yoga khususnya, ia memerlukan sijil tertentu untuk menjadi seorang jurulatih bertauliah.
“Pakej termurah adalah 10 sesi latihan dengan jurulatih, iaitu RM60 sejam. Harga untuk 1 sesi dengan jurulatih kanan boleh meningkat sehingga RM200,” katanya.
Secara asas, gym komersial akan membayar jurulatih mereka 20%, manakala jurulatih Joompa akan menerima 90% bayaran, selari dengan pengalaman dan hasil yang berkualiti dikongsi bersama pelanggannya.
“Kami juga meluangkan masa untuk menulis program dan kemajuan anda dari setiap latihan yang dilakukan. Kami juga menyentuh aspek pemakanan kerana ia juga antara perkara penting untuk mencapai matlamat anda,” ujarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]