
Sememangnya ia bukan perkara mudah untuk mendatangkan kegembiraan pada diri, apatah lagi berada dalam keadaan stres!
Segala yang dilakukan serba serbi tidak kena, dan adakalanya apabila amarah berada di kemuncak, pasti anda terasa ingin menjerit sekuat hati.
Namun ada juga individu yang lebih banyak mendiamkan diri menahan perasaan marah, sekali gus menyebabkan hormon gembira menghilang.
Jadi apakah yang boleh anda lakukan untuk meningkatkannya?
1. Luahkannya
Sesi luahan perasaan adalah langkah mula ke arah pemikiran positif, meskipun ia perkara remeh.
Namun luahan itu perlu dibuat kepada seseorang yang mampu meningkatkan kembali keyakinan diri.
2. Melihat gambar orang tersayang
Berikan sedikit masa untuk anda melihat gambar ibu bapa, keluarga mahupun anak kecil comel anda, ia boleh mencetuskan ikatan dan kasih sayang.
Secara automatik hormon anda akan meningkat!
Selain itu bermain bersama haiwan peliharaan juga mampu meningkatkan kembali hormon kegembiraan dalam tubuh badan.

3. Luangkan masa untuk minda
Ambil masa 10 minit atau seminit untuk merehatkan minda dari terus berfikir, ia boleh bantu menangani keresahan dan menggantikannya dengan bahan kimia tenang yang terdapat dalam tubuh secara semula jadi.
4. Bangun, gerakkan badan anda
Hop, skip, jump.
Mungkin anda rasa kelakar melakukannya tapi ia sebenarnya magis untuk tingkatkan mood anda.
Apa-apa sahaja yang membuatkan anda tertawa akan meningkatkan endorphins, terutamanya jika anda ketawa sehingga sakit perut!
5. Bersenam
Sepanjang bersenam, otak akan mengeluarkan endorphins kemudian dopamine sebagai ganjaran selepas anda penat.
Bawa teman untuk bersenam bersama dan anda akan dapat nikmat oxytocin dan serotonin juga.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]