
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam berkata tindakan itu dilihat bertentangan dengan janji kerajaan sebelum ini yang mahu membatalkan ratifikasi Statut Rom.
“Kita dapati walaupun kerajaan akan batalkan ratifikasi Statut Rom tetapi seperti diketahui umum, terdapat pelajar-pelajar yang disusun untuk sokong ratifikasi Statut Rom. Ini bercanggah dengn apa yang kerajaan cakap,” katanya kepada FMT.
Jelajah menentang Statut Rom malam tadi diteruskan di Kota Tinggi yang dihadiri Lokman, beberapa pemimpin Umno, PAS dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Antara pemimpin tertinggi Umno Johor yang hadir ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Halimah Mohamed Sadique; Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Muszaidee Makmor.
Jelajah kali ke-9 bagi seluruh negara itu berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9 malam bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang implikasi perjanjian itu kepada masyarakat Melayu, Islam dan ketuanan Majlis Raja-raja.
Ceramah yang menggunakan agenda perpaduan ummah itu yang digerakkan sejak Mac lalu turut melibatkan beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang serta pemimpin NGO Islam.

Beliau berkata tindakan Tommy itu bukan sahaja bercanggah dengan janji kerajaan untuk menarik Statut Rom tetapi menghina Majlis Raja-raja.
“Ini kerana Majlis Raja-raja telah putuskan untuk tidak menyokong Statut Rom,” katanya.
Sementara itu, Muszaidee ketika dihubungi FMT, berkata jelajah menentang Statut Rom ini merupakan kali ke-3 di Johor selepas dilakukan di Parit Raja dan Johor Bahru minggu lalu.
Beliau berkata jelajah ini penting kerana ratifikasi Statum Rom mencabar perlembagaan.
“Kita mahu memastikan tiada mana-mana pihak bangkitkan untuk ratifikasi Statut Rom.
“Rakyat dalam keadaan ekonomi tak baik, kenapa nak timbul isu ini. Ini buat keadaan rakyat tak selesa dan buka negara luar campur urusan negara kita,” katanya.