
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM550 juta dengan kadar faedah rendah 2% setahun untuk penanaman semula kelapa sawit.
Sejumlah RM50 juta lagi, juga pada kadar faedah 2% setahun, diperuntukkan untuk pembelian benih berkualiti tinggi.
Kerajaan juga menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu usahawan mintak sawit mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Pensijilan ni perlu bagi memasarkan minyak sawit ke pasaran dunia.
Lim berkata, RM30 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 untuk tujuan itu dan kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Skim berkenaan dihadkan kepada ladang kelapa sawit berkeluasan sederhana (40-100 hektar).
Lim, yang juga merupakan setiausaha agung DAP berkata, bantuan itu diberikan kerana kerajaan mengambil berat tentang mereka yang terlibat dalam pengeluaran kelapa sawit yang terkesan oleh harganya yang rendah.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan mengalu-alukan memorandum persefahaman yang ditanda tangani oleh China 25 April lepas untuk membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia pada kos RM4.56 bilion untuk tempoh 5 tahun (2019-2023).
Ia dijangka menigkatkan permintaan minyak sawit di pasaran dunia.