PRK Sandakan: SPRM lancar bilik gerakan aduan rasuah

PRK Sandakan: SPRM lancar bilik gerakan aduan rasuah

PRK Sandakan menyaksikan pertembungan 5 penjuru antara calon DAP Vivian, Wong Shir Yee; calon PBS, Linda Tsen Thau Lin serta 3 calon Bebas, iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.

SPRM berkata, bilikan gerakan itu adalah bagi membolehkan orang ramai menyelurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam PRK Sandakan 11 Mei depan.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan 11 Mei depan.

Dalam kenyataan hari ini SPRM berkata, bilik gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan yang beroperasi 24 jam itu bertempat di pejabat SPRM cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Peti Surat 6000, 90715 Sandakan, Sabah.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 089-668746 atau 012-8426385, faks 089-669691,” katanya.

SPRM berharap semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

PRK Sandakan bakal menyaksikan pertembungan 5 penjuru antara calon DAP Vivian Wong Shir Yee, 30, yang akan dicabar oleh calon PBS, Linda Tsen Thau Lin, 63; serta 3 calon Bebas, iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.