Selatan Filipina digegar gempa 5.3 magnitud

Selatan Filipina digegar gempa 5.3 magnitud

Kejadian berlaku pada 1.26 petang waktu tempatan pada kedalaman 9 km, 71 km tenggara bandar General Luna.

Gegaran turut dirasai di Bandar Gingoog dan Suirgao di wilayah Mindanao, tetapi tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. (Gambar Google Maps)
MANILA:
Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Kejadian berlaku pada 1.26 petang waktu tempatan pada kedalaman 9 km, 71 km tenggara bandar General Luna.

Phivolcs berkata, gegaran turut dirasai di Bandar Gingoog dan Suirgao di wilayah Mindanao, tetapi tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. Ia turut mencetuskan 4 gempa susulan berukuran antara 3.0 hingga 4.4 magnitud.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.