
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1310/1340 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1380 semasa ditutup pada Khamis.
“Dalam jangka panjang, ringgit dijangka bergelut di pasaran tempatan berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih rendah oleh Bank Negara Malaysia dan prospek penurunan lebihan akaun semasa,” kata Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Dagangan SPI Asset Management, Stephen Innes.
Beliau berkata dalam tempoh jangka pendek, ringgit dijangka dalam aliran jualan apabila dolar AS semakin meningkat, disebabkan perbezaan ekonomi dunia antara AS dan dunia yang semakin meningkat.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0306/0332 daripada 3.0288/0328 pada Khamis dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3302/3362 daripada 5.3200/3268.
Unit tempatan menyusut berbanding yen kepada 3.6966/6997 daripada 3.6940/6986, namun menokok berbanding euro kepada 4.6007/6044 daripada 4.6020/6077.